Covid-19: Kompaun ingkar perintah PKP sebanyak RM1,000 bermula hari ini

2346

Tindakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan oleh Polis Diraja Malaysia bermula hari ini.

kompaun PKP

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



“Kita sudah terima SOP dan arahan untuk melaksanakan kompaun itu hari ini. Borang-borang kompaun juga sudah diterima dan diedarkan ke semua kontinjen polis negeri.

“Mereka yang didapati ingkar, akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.

“Jika pesalah enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicarakan,” katanya.

Orang ramai diminta supaya tidak mengambil mudah perkara itu kerana jumlah kompaun RM1,000 itu bukan nilai yang sedikit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here