PKP: Hampir 400 ditahan dalam 48 jam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

1616

Hampir 400 tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas mereka ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tangkapan sebanyak 400 itu yang dilakukan pihak polis pada Khamis dan Jumaat lalu.

“Kita percaya tangkapan itu mengubahkan peratus PKP.



“Peratus PKP semakin meningkat selepas tindakan lebih tegas dan keras oleh pihak polis bagi mereka yang ingkar pelaksaaan PKP,” katanya pada sidang media Majlis Keselamatan Negara semalam.

Menurutnya, pada Jumaat sebanyak 1,046 sekatan jalan raya dilaksanakan dengan 240,544 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu menunjukkan masih banyak kenderaan di jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here