Covid-19: Ujian saringan hanya 8 minit gunakan ‘drive-thru’

2068

Ujian saringan Covid-19 melalui “drive-thru” atau pandu lalu sudah dilaksanakan Hospital KPJ Damansara Specialist bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan pemeriksaan dalam masa lapan minit.

ujian saringan drive-thru

Biarpun ada pusat kesihatan lain di negara yang menawarkan ujian saringan Covid-19 melaui drive-thru, KPJ Damansara berkata mereka adalah yang pertama melakukan ujian itu tanpa perlu membuat temu janji terlebih dahulu.



Sementara ujian biasa boleh mengambil masa sehingga 20 minit, ujian secara drive-thru ini mengambil masa sekitar 8-10 minit untuk setiap orang, dimana keputusan penuh akan keluar dalam masa 24 jam.

Ujian saringan itu adalah mengikut langkah hopsital di Korea Selatan yang mana cara itu mampu mengesan kes positif Covid-19 lebih awal sekali gus membantu mengurangkan penyebaran virus berkenaan.

Ujian saringan melalui drive-thru ini dibahagikan kepada 2 stesen.

  • Stesen yang pertama ialah untuk pendaftaran dan bayaran serta bacaan suhu, oksigen dan nadi.
  • Stesen kedua dikhaskan untuk ujian Covid-19, dimana sampel dari hidung dan kerongkong diambil. Mereka kemudian diberikan rundingan dan akan menjawab pertanyaan daripada staf hospital.

Ujian saringan drive-thru ini akan dijalankan dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 malam dari hari Isnin hingga Sabtu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here