PKP: Laluan khas disediakan untuk kenderaan komersil di semua sekatan jalan raya

1924

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia bahawa semua kenderaan komersil seperti lori membawa bekalan makanan, bahan-bahan mudah lupus, bekalan perubatan dan petroleum kini boleh melalui sekatan jalan raya dengan lebih pantas menerusi laluan khas yang disediakan.

 kenderaan komersil

Laluan khas untuk kenderaan komersil ini juga dibuat bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan. Ia membabitkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), doktor, jururawat, pasukan keselamatan serta agensi terbabit menangani wabak Covid-19. 



Semua sekatan dan lencongan jalan membabitkan laluan keluar dan masuk ke lebuhraya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak polis. Oleh yang demikian, orang ramai boleh menghubungi pihak berkenaan di talian 03-2266 3356 untuk maklmat lanjut tentang sekatan atau lencongan jalan yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Perkhidmatan kritikal di lebuhraya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 masih beroperasi 24-jam setiap hari. Jadi mereka bersiap sedia untuk membantu pelanggan ketika berlaku kecemasan.

PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKP. Anda perlu terus berada di rumah dan hanya melakukan perjalanan sekiranya benar-benar perlu bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here