GoCar Malaysia: Tidak perlu beli, hanya langgan Tesla Model Y bermula RM13,500 sebulan

629

GoCar Malaysia menambah beberapa model kereta elektrik (EV) ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, bersama pilihan pelan langganan secara mingguan dan bulanan. 

Penambahan rangkaian model EV dan pelan langganan dalam jangka masa lebih pendek. Ia bertujuan memudahkan dan menjadikannya lebih mampu milik buat pelanggan di Malaysia menikmati hidup dengan model EV yang berbeza. Ini selari dengan usaha berterusan GoCar untuk meningkatkan akses dan kebolehdapatan kenderaan elektrik (EV) kepada orang ramai.



Rangkaian model dalam GoCar Subs Electric kini terdiri daripada tujuh kenderaan elektrik sepenuhnya. Ia Nissan Leaf, Renault Zoe baharu, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, Great Wall Motor Ora Good Cat, Electric MINI dan Tesla Model Y.

Melalui pelan langganan mingguan dan bulanan yang lebih pendek, pelanggan boleh mencuba rangkaian model EV yang dijual di Malaysia. Kadar langganan bermula RM120 sehari untuk pelan bulanan dan RM171 sehari bagi pelan mingguan. Kadar dikira berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) mandatori.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya percaya rakyat Malaysia mahu tahu tentang EV, tetapi ramai di antara mereka keberatan untuk menggunakannya sebagai mode pengangkutan utama.

“Dengan pilihan langganan mingguan dan bulanan yang baru ini. Kami mahu mengajak lebih ramai orang untuk ‘Experience Electric’ bersama GoCar Subs. 

“Mereka boleh menguji rangkaian EV dalam perjalanan harian atau untuk perjalanan pendek, mengakses pengalaman mengecas EV dan meneroka sama ada gaya hidup EV sesuai untuk mereka atau sebaliknya,”  katanya.

Kadar langganan mingguan dan bulanan GoCar Subs Electric adalah seperti berikut:

Untuk menempah GoCar Subs Electric

Untuk menempah pengalaman EV selama seminggu atau sebulan, daftar satu akaun GoCar Subs menerusi aplikasi mudah alih GoCar atau laman web GoCar Subs dan pilih model yang diminati. 

Kenderaan akan disediakan dalam tempoh 14 hari (bergantung kepada kebolehdapatan) sebaik sahaja bayaran dibuat yang merangkumi sekali yuran langganan dan deposit sekuriti yang akan dipulangkan semula. 

Program GoCar Subs Electric kini ditawarkan di Lembah Klang untuk semua model. Bagi memudahkan urusan pengecasan, semua model EV GoCar Subs disertakan dengan kad chargEV. 

Kad percuma chargEV menawarkan akses percuma kepada semua pengecas AC, kecuali di Starbucks dan BMW. ChargEV mempunyai rangkaian lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here