ORA GOOD CAT warna baru, hijau pistachio. Segar dan ‘funky’!

508

Great Wall Motor (GWM) memperluaskan lagi warna baharu ORA GOOD CAT dengan menawarkan Hijau Pistachio sempena pertunjukan jalanan di pusat beli-belah Sunway Velocity, baru-baru ini.

Pada hari pertama diperkenalkan, sebanyak 20 unit habis dijual sekali gus membuktikan ia sebuah kenderaan elektrik yang menawan ini. 

Namun, warna itu hanya tersedia untuk varian 500 Ultra. Ia hadir dengan set reka bentuk yang segar dan ‘funky’ untuk mencuri perhatian dan semestinya meninggalkan kesan yang berkekalan. 



Apa yang membuatkan ORA GOOD CAT ini istimewa?

  • Bahagian luar berwarna Hijau Pistachio manakala dalamannya pula berkonsepkan dua tona iaitu hijau-kuning air. 
  • Gabungan canggih kedua-dua warna ini menghasilkan ruang dalaman tampak tenang, sekali gus membuatkannya kelihatan segar dan anggun. 
  • Tempat duduk yang selesa datang bersama tempat letak tangan yang ditengah-tengahnya terdapat corak tapak kaki kucing yang comel.
  • Penutup lubang penghawa dingin berwarna oren terang, serta stereng hijau pistachio dan kuning air mewujudkan ruang dalaman yang selesa dan ranggi namun tetap menawan.
  • Tambahan pula, tempat duduk hadapan dan belakang dihiasi dengan corak Houndstooth yang bergaya menambahkan lagi sentuhan keanggunan. 
  • Untuk meningkatkan estetika yang bertenaga, kusyen luar direka dengan hiasan halus oren terang. 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, warna Hijau Pistachio menambah sentuhan yang meriah dan menawan pada kenderaan itu.

“Ia menjadikan suasana lebih seronok dan menghasilkan daya tarikan yang tidak dapat ditolak oleh pengguna!,” katanya.

Spesifikasi Dan Harga ORA GOOD CAT 

  • Motor elektrik pada gandar hadapan, pacuan roda hadapan
  • Bateri litium berkapasiti 63.1 kWj
  • Kuasa 43 PS, 210 Nm tork
  • Kelajuan maksimum 152 km/j
  • Julat 500 kilometer setiap cas
  • 400 Pro: RM139,800
  • 500 Ultra: RM169,800

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman sesawang GWM Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here