Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize digantung di Jepun, Perodua Ativa tidak terjejas

618

Selepas isu manipulasi keputusan ujian kemalangan 88,000 kereta yang dikeluarkan di Thailand dan Malaysia, kini muncul masalah baharu melibatkan dua model SUV. 

Isu terbaharu melibatkan 56,111 unit Toyota Raize hibrid yang dikeluarkan oleh Daihatsu Motor Co, pengeluar kereta kompak yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota. Turut terkesan 22,329 unit Daihatsu Rocky dan semuanya dijual di pasaran Jepun. 



Dalam ujian perlanggaran berkenaan, keputusan untuk tiang yang digunakan untuk mengukur impak di sebelah kiri digunakan juga di sebelah kanan sedangkan kedua-dua bahagian perlu diuji, kata Daihatsu.

Kedua-dua model berkenaan didapati menjalani ujian UN R135 yang tidak sempurna. Dalam kes ini, Daihatsu membuat ujian perlanggaran hanya di bahagian penumpang dan tidak di bahagian pemandu.

Tetapi, Daihatsu memasukkan data sisi penumpang untuk bahagian pemandu dalam pemfailan pensijilan keselamatan.

Penemuan itu menjejaskan kira-kira 78,000 kenderaan hibrid yang dijual di Jepun, kata pembuat kereta itu.

“Ia adalah model penting. Kami memikul tanggungjawab yang sangat berat untuk ini,” kata Presiden Daihatsu Soichiro Okudaira semasa sidang akhbar.

Daihatsu melaporkan penemuannya kepada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun. Tiada rancangan segera untuk menarik balik kerana syarikat berunding dengan kementerian.

Sebagai tindak balas kepada situasi itu, Toyota berkata menggantung jualan dan penghantaran Raize. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here