Ahli politik dari Afrika Selatan dikebumi bersama Mercedes kesayangan

1647

Seorang ahli politik di Afrika Selatan telah meninggal dunia dan dikebumi bersama sebuah Mercedes kesayangannya. Tangannya juga diletakkan pada stereng kenderaan tersebut.

Tshekede Pitso, 72 merupakan seorang anggota berpangkat tinggi dalam Gerakan Demokratik dipercayai terjatuh dan meninggal dunia ketika sedang berjalan menuju kereta yang berada di luar rumahnya.



Keluarganya berkata sebelum kematiannya, dia pernah menyatakan hasratnya untuk dikebumikan di dalam kereta itu, iaitu sebuah Mercedes E500 tahun 1980an.

Ruangan kubur digali mengikut kesesuaian di sebuah tanah perkuburan khas keluarganya di perkampungan Jozana di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan. Pitso dikebumikan bersama keretanya dan dibawa ke tanah perkuburan menggunakan sebuah trak.

Afrika Selatan pada masa ini juga telah mengisytiharkan lockdown berikutan pandemik Covid-19 yang tersebar ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ketika proses pengebumian Pitso, ramai penduduk yang hadir untuk menyaksikannya.

Anak perempuan Pitso, Sefora Letswaka, 49, berkata: “Ayah saya pernah menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai banyak kereta Mercedes sehingga apabila perniagaannya gagal, dia menjual semua kereta tersebut.

“Kira-kira dua tahun lalu, dia telah membeli sebuah Mercedes-Benz yang terpakai.

“Dia sudah tidak dapat memandu kereta tersebut, tetapi dia gembira dan menghabiskan banyak masanya duduk di ruangan pemandu kereta.

“Dia juga pernah berkata apabila tiba masanya meninggal dunia, dia ingin dikebumi bersama kereta tersebut.

“Kami mendengar dan menghormati hasratnya dan berharap dia gembira dengan apa yang kami lakukan,” kata Sefora Letswaka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here