Pengguna auto dan CVT buat macam ni akan selamatkan beribu ringgit

48352

Pelik juga kadang-kadang dalam menyelenggara kereta, hanya terlepas pandang perkara kecil boleh sebabkan kerosakan yang menelan belanja besar.

Contohnya, tabung minyak brek jika tidak dijaga keadaan dan tidak diselenggara, boleh merosakkan keseluruhan pam brek dan menelan belanja ratusan ringgit. Boleh dielak dengan penjagaan mudah.



Begitu juga transmisi automatik dan CVT. Kerosakan jarang berlaku jika memandu laju atau dalam kesesakan trafik, tetapi boleh berlaku apabila tidak diselenggara dengan baik.

Dengan menjaga dan mengikut tips mudah iaitu sentiasa menjaga tahap minyak transmisi, akan memanjangkan jangka hayatnya. Malah ini akan mengelakkan anda dari terpaksa berbelanja ribuan ringgit apabila ia rosak.

Kenderaan seperti Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Waja, Proton Gen2, Proton Persona lama, dan Proton Satria Neo menggunakan transmisi automatik konvensional (jenis torque-converter).

Model seperti Proton Saga FLX, Proton Exora CFE, Proton Preve, Proton Suprima S, Honda City dan Toyota Vios generasi terkini menggunakan automatik jenis CVT (continuously variable transmission).

Apa pun, cara pemeriksaan minyak transmisi kedua-dua jenis kotak gear tersebut adalah sama.

Untuk kenderaan dengan transmisi automatik biasa;

  1. Pastikan kereta diletakkan di kawasan rata.
  2. Hidupkan enjin dan masuk gear N.
  3. Biarkan selama 7 hingga 10 minit dan mencapai suhu optimum operasi enjin kira-kira 85 darjah Celcius.
  4. Kemudian matikan enjin (atau biarkan ia hidup), cari dip stick untuk periksa takat minyak transmisi. Biasanya di ruangnya enjin, dip stick ini berlabel ATF (automatic transmission fluid).
  5. Untuk mendapatkan bacaan, bawa keluar, lapkan hujungnya, masukkan semula, kemudian baru bawa keluar semula (sama seperti anda periksa paras minyak enjin atau minyak hitam).
  6. Di hujung dip stick, terdapat paras Cold di bawah dan Hot di atas sedikit.
  7. Pastikan bacaan minyak transmisi anda berada di paras Hot atas sekali. Jika kurang, tambahkan minyak.
  8. Minyak transmisi perlu ditukar setiap 20,000km (atau setahun sekali). Lebih tukar penapis minyak transmisi sekali walaupun penapis ini boleh bertahan sehingga 40,000km.

Untuk kereta dengan transmisi CVT pula, langkah-langkah pemeriksaan adalah sama dengan automatik biasa, tetapi terdapat langkah tambahan, iaitu:

  1. Selepas tukar minyak transmisi, wajib buat clutch adaptation dahulu, kemudian barulah buat oil-levelling. Ini kerana ada sesetengah mekanik buat oil-levelling dahulu.
  2. Semasa membuat clutch adaptation dan oil-levelling, pastikan juga kereta diletakkan di kawasan rata untuk mendapatkan ketegangan tali sawat (belt) CVT yang betul.

Tips dan tutorial ini disiarkan oleh Aleep Just Fix di laman Youtube-nya. Boleh tonton video penuh di sini:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here