Perodua Myvi GT dalam perancangan?

4459

Berita baik untuk yang berminat dengan Perodua Myvi GT! Perodua menyatakan bahawa mereka sedang melihat kepada cara untuk menghasilkan versi Myvi GT yang lebih mampu milik.

Kenyataan ini dibuat oleh Ybhg Dato’ Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd semasa pengumuman prestasi separuh pertama 2019 hari ini.



Perodua Myvi GT telah ditayangkan kepada umum sebagai model konsep di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 akhir tahun lepas.

Zahari berkata, “Kami sedang mengkaji cara mengeluarkan Myvi GT lebih mampu milik. Ini kerana untuk menghasilkan sebuah model seperti konsep Myvi GT di KLIMS 2018 itu akan menjadi terlalu mahal.”

Ini disebabkan jenis dan tahap komponen yang digunakan oleh Myvi GT seperti sistem brek Brembo, rim 17-inci dan bahan Alcantara di dalam kabin.

Tambahnya, “Mungkin model yang akan dihasilkan tidak 100 peratus serupa seperti konsep itu, tetapi kami sedang berusaha menghasilkannya.”

“Tetapi untuk serupa seperti konsep di KLIMS, tidak mungkin,” katanya.

Perodua akan membuat pengumuman susulan mengenai perkara ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here