Covid-19: Kementerian Pengangkutan kaji peningkatan tambang pengangkutan awam

1972

Cadangan mengenai masalah kenaikan tambang pengangkutan awam, ekoran pengurangan separuh kapasiti penumpang seperti yang ditetapkan oleh kerajaan akan dibentangkan dan dikaji oleh Kementerian Pengangkutan.

tambang pengangkutan awam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan itu akan dibentangkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada mesyuarat jawatankuasa khas menteri dalam tempoh terdekat ini.



“Terdapat rungutan daripada pengusaha kenderaan awam. Ini kerana mereka terpaksa mengurangkan separuh daripada kapasiti penumpang sebenar dan ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga tambang pengangkutan awam.

Penerbangan yang disekat di semua lapangan terbang. Imej: The Star

“Malah untuk pengangkutan udara juga, difahamkan tambang ke London untuk kelas ekonomi mencecah RM8,000 walaupun sebelum ini (harga tambang) kurang daripada itu.

“Kementerian Pengangkutan akan melihat perkara ini supaya tidak ada kerugian daripada pengusaha pengangkutan awam. Kementerian juga akan membentangkan cadangan mereka (untuk tangani kenaikan harga) pada mesyuarat nanti,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here