6 kereta yang pernah digunakan oleh Khabib Nurmagomedov

1882

Memiliki keperibadian yang sederhana, Khabib Nurmagomedov bukanlah seorang atlet yang suka mempamerkan kenderaan mewah miliknya.

Namun, kereta yang pernah dipakainya menjadi saksi tentang sejarah perjuangan Khabib untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang Mixed Martial Arts (MMA) dan UFC.



Justeru itu, terdapat beberapa buah kereta yang pernah digunakan oleh Khabib. Antaranya ialah:

  1. Lada Priora

Khabib Nurmagomedov

Lada Priora adalah kereta keluaran syarikat dari Rusia dengan harga yang berpatutan. Jentera ini merupakan kereta pertama yang dibeli oleh Khabib Nurmagomedov.

Namun, dia hanya menggunakannya dalam tempoh beberapa bulan sebelum menjualnya untuk membiayai kos kerjayanya di MMA. Tindakan ini nampaknya membuahkan hasil apabila dibandingkan dengan kedudukannya sekarang.

2. Mercedes-Benz W124 300E

Kereta pertamanya membolehkannya membina kerjayanya melalui kewangan. Tidak beberapa lama setelah menjual kereta pertamanya untuk membiayai kerjayanya, Khabib dapat membeli sebuah Mercedes-Benz.

Mercedes W124 300E adalah kereta keduanya. Malang bagi Khabib, jentera ini telah terlibat dalam satu kemalangan dan menyebabkan ianya rosak teruk.

3. Ferrari California

Khabib dilihat beberapa kali memandu kereta Ferrari California. Bagaimanapun, tiada maklumat yang jelas samada Khabib memiliki jentera ini atau sekadar menyewanya.

4. BMW 6 Series

Dari menjual sebuah kereta untuk membiayai kerjayanya hingga menjadi cukup besar untuk memperoleh sejumlah kereta mewah, Khabib telah menempuh perjalanan yang panjang. Khabib telah membeli beberapa siri BMW 6 setelah kerjayanya bermula.

Dia telah menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli kereta-kereta ini, walaupun model sebenar dari jentera yang dibelinya tidak diketahui.

5. Mercedes-AMG GT

Khabib Nurmagomedov

Seorang jutawan dari Rusia menghadiahkan Khabib sebuah kereta sport dari sebuah syarikat yang sangat dia minati. Model sports dari syarikat pengeluar kereta Jerman ini dilengkapi dengan enjin V8 twin-turbocharged.

Namun, jentera ini terlibat dalam satu kemalangan ketika dipandu oleh salah seorang rakannya, dimana menyebabkan kereta ini rosak teruk. Bernasib baik, tiada kecederaan teruk yang dialami dalam kemalangan tersebut.

6. Land Cruiser J200

Khabib Nurmagomedov

Kereta terbaru Khabib yang menghiasi garajnya adalah Toyota Land Cruiser J200. Land Cruiser adalah salah satu model Toyota yang paling popular. Khabib yang memilikinya mungkin menjadikannya lebih popular.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here