Covid-19: Litar Antarabangsa Sepang dibuka semula dengan norma baharu, terhad untuk sesi latihan kecil

2660

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini telah kembali beroperasi bermula semalam (12 Mei) dan seperti dijangka, ia dengan mematuhi semua SOP terkini dalam PKPB.

Buat masa ini, SIC hanya dibuka untuk aktiviti berkumpulan tidak lebih dari 10 orang. Pihak pengurusan juga mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua pekerja, pelumba, pasukan, rakan niaga dan pengunjung.



Premis litar itu akan dicuci dan dinyah-kuman untuk memastikan kebersihan di tahap optima. Setiap pelawat juga dikehendaki mendaftar di kawasan ditetapkan sebelum memasuki premis.

Di situ, pemeriksaan suhu akan dijalankan dan jika suhu disukat melebihi 37.5 darjah Celcius atau terdapat gejala seperti batuk atau demam, pengunjung akan dilarang dari memasuki premis.

Penjarakan sosial akan ditekankan, selain penyediaan cecair pembasmi kuman dan topeng muka oleh pihak SIC.

SOP ini juga dibuat di kawasan parking, dimana semua kereta harus diletakkan mengundur dan dengan jarak 2 meter antara satu sama lain.

Imej sumber: Speedhunters.com

Untuk setiap sesi di litar, ia akan dihadkan kepada 10 orang sahaja. Jadi untuk tempahan awal atau sebarang pertanyaan mengenai sesi latihan, bolehlah berhubung di +603-8778 222 atau emel ke inquiries@sepangcircuit.com.

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan adalah dari 9 pagi hingga 4 petang sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here