Hyundai akan perkenalkan kereta elektrik bersaiz besar

1469

Hyundai menjadi salah satu syarikat pengeluar kenderaan yang berjaya dalam memperkenalkan kereta elektrik melalui Ioniq dan Kona di pasaran dunia.

Sebagai pelengkap kepada dua model tersebut, syarikat pengeluar kenderaan dari Korea Selatan ini akan memperkenalkan kereta elektrik berukuran lebih besar pada tahun depan.



Jurucakap Hyundai berkata, projek kereta elektrik bernama Hyundai NE telah dijelaskan oleh syarikat itu kepada kesatuan pekerja mereka di Korea Selatan.

Kemudian, jentera tersebut akan dihasilkan di kilang Hyundai di Korea Selatan. Oleh itu, adalah wajar bagi pengilang untuk meminta persetujuan daripada pekerja untuk memulakan projek itu tahun ini.

kereta elektrik hyundai
Gambar ini, diambil pada 5 November 2019, dan disediakan oleh Hyundai Motor Group, menunjukkan konsep EV Hyundai Motor 45 yang dipamerkan di  China International Import Expo.

“Projek Hyundai NE sedia untuk dihasilkan. Namun, syarikat itu belum berunding dengan pihak kesatuan pekerja mengenai proses pengeluaran kereta elektrik baru,” kata jurucakap Hyundai.

Dari segi penampilan, Hyundai NE nampaknya akan mempunyai reka bentuk yang sporti dan futuristik. Ianya terbentuk hasil penggunaan platorm dari Hyundai EV 45 yang telah dipamerkan di Frankfurt Motor Show dan China International Import Expo tahun lepas.

Bukan itu sahaja, Hyundai juga nampaknya bersedia melancarkan EV 45 dalam masa terdekat. Kerana terdapat gambar kereta elektrik tersebut sedang diuji di jalan raya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here