Mitsibishi Xpander dikesan tanpa penutup di Malaysia, dah dekat nak lancar ke?

3543

Satu siaran di Facebook telah menunjukkan sebuah Mitsubishi Xpander tanpa sebarang penutup di Malaysia. Siaran dua gambar oleh pemilik akaun Jamaan Abd Rahman itu menunjukkan sebuah Xpander seperti dalam perkarangan pusat servis atau bilik pameran Mitsubishi.

Ini la bakal ganti Avanza aku 😀😀😀

Posted by Jamaan Abd Rahman on Tuesday, July 14, 2020

Terdapat juga sebuah lori tunda di depan Xpander berwarna hitam itu, jadi kami percaya ia dibawa oleh lori itu dan tidak dipandu di atas jalan raya.



Mungkinkah ini bermakna tarikh pelancarannya semakin dekat? Kami tahu pasti ramai yang menantikan MPV kompak ini kerana ia akan bersaing terus dengan Toyota Avanza, Honda BR-V dan Perodua Aruz. Segmen ini kan segmen hangat di Malaysia?

Tahun lepas, kami ada menyiarkan satu artikel mengatakan kit CKD Xpander ini telahpun berada di kilang pemasangannya di Pekan, Pahang dan assembly line model itu telah disiapkan. Ia hanya menunggu masa sahaja untuk dipasang.

Kami jangkakan ia akan dilancar tahun ini.

Buat masa ini, Mitsubishi Xpander telahpun berada dalam pasaran Indonesia, dan dipasang di kilang syarikat itu di Jawa Barat, Indonesia. Ia turut dieksport ke Thailand.

Xpander dipacu oleh enjin 1.5-liter MIVEC yang menjana 102hp dan 141Nm tork. Ia ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

Xpander mempunyai dimensi (panjang x lebar x tinggi) 4,475mm x 1,750mm x 1,700mm. Jarak roda pula ialah 2,775mm.

MPV ini mempunyai kapasiti 7 tempat duduk dengan konfigurasi 2-3-2 dan dilengkapi pendingin hawa barisan kedua di siling.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here