Honda BR-V 2020 kini lebih bergaya, lebih banyak ciri, RM90k hingga RM97k sahaja

3271

Honda Malaysia telah memperkenalkan versi terbaharu dan dikemaskini untuk crossover 7 tempat duduk popular mereka, iaitu BR-V.

Kemaskini ini sebenarnya kali yang kedua untuk 2020, kerana mereka baru memberi pembaharuan pada BR-V pada beberapa bulan lepas.



Apa pun, BR-V kali ini tampil dengan rekaan luaran lebih bergaya, lebih ciri kemudahan dan praktikal di dalam, serta naiktaraf pada varian E.

Rekaan lebih kemas dan bergaya

Di luar, Honda BR-V 2020 mendapat gril baharu, bampar depan dan belakang baharu dengan kemasan di bahagian bawah, kemasan lampu kabus baharu.

Terdapat juga rim aloi 16-inci dan antenna sirip jerung baharu.

Honda turut menawarkan warna baharu yang pertama kali ditampilkan untuk mana-mana model Honda, iaitu Marine Purple Pearl.

Warna-warna lain masih ditawarkan iaiu White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic dan Passion Red Pearl.

Lebih ciri kemudahan dan praktikal

Beberapa ciri baharu ditambah seperti tweeter pembesar suara, lampu kargo, dan penapis udara kabin, menjadikan BR-V lebih premium dan selesa.

Varian V pula mendapat paparan audio 7-inci, serta tempat duduk kulit baharu dengan kemasan merah, padan dengan jahitan pada tombol gear.

Untuk varian E, ia kini mendapat ciri standard baharu iaitu pendingin hawa automatik, keyless entry, dan butang push start.

Enjin cekap

Honda BR-V masih dipacu oleh enjin 1.5 SOHC i-VTEC yang kita semua kenali. Enjin ini menjana 120hp dan dipadankan dengan transmisi CVT, menyalurkan kuasa ke roda depan.

BR-V baharu juga dilengkapi dengan paddle-shifters untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih sporti.

Honda BR-V 2020 dijual pada RM89,900 untuk varian E, manakala RM96,900 untuk varian V.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here