Honda BR-V dikemaskini untuk 2020, boleh ditempah hari ini

1846

Ada yang rindu pada Honda BR-V? Baik, kali ini Honda Malaysia mengumumkan bahawa crossover (atau MPV?) 7 tempat duduk itu telah dinaiktaraf untuk tahun 2020.

Honda BR-V kemaskini ini telah sedia ditempah di semua 100 cawangan wakil jualan Honda seluruh negara.

Jadi, apa yang baharu pada BR-V 2020? Pertamanya, rupa luaran telah direka semula, termasuklah bampar depan, bahagian bawah bampar, ruang lampu kabus, bampar belakang, antenna sirip jerung dan rim aloi 16-inci baharu.



Ciri kemudahan juga menerima pembaharuan iaitu Keyless Entry dengan butang penghidup enjin yang kini menjadi ciri standard pada semua varian.

Di bawah hud depannya, BR-V mengekalkan enjin 1.5-liter SOHC i-VTEC yang sama. Enjin ini mengeluarkan 120hp dan 145Nm tork, iaitu angka tertinggi dalam kelasnya.

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, ia mempunyai ciri praktikaliti seperti tempat duduk baris ketiga dengan lipatan 50:50 yang memberikan lantai rata di ruang kargo.

BR-V ini juga akan mendapat tempat duduk kulit baharu dengan kemasan merah, hmm ada gaya Type-R?

Harga masih belum didedahkan, tetapi kami jangkakan tidak banyak perubahan dari sebelum ini, iaitu pada RM81k hingga RM88k.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here