Cara miliki nombor plat kenderaan tanpa orang tengah

3948

Sesetengah pengguna kenderaan di Malaysia mengambil berat dan mempunyai keinginan tersendiri terhadap nombor plat yang akan diletakkan pada kenderaan mereka.

Ianya juga boleh dibida jika permintaannya ramai di kalangan pengguna. Biasanya nombor plat melalui bidaan mempunyai maksud tersendiri bagi pengguna yang menginginkannya. 



Tetapi sesetengah pengguna juga menggunakan orang tengah untuk lebih memudahkan urusan memiliki nombor plat. 

Sebenarnya, urusan pendaftaran ini lebih mudah tanpa bantuan orang tengah ini. Caranya sangat mudah. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Caranya ialah:

1. Nombor Semasa, iaitu nombor-nombor baki selepas bidaan selesai. Anda boleh menyemak dan membeli sendiri melalui portal rasmi www.jpj.gov.my dengan ID mySIKAP orang awam yang mudah, senang dan cepat.

nombor plat

2. Nombor Bidaan, iaitu nombor-nombor yang perlu melalui proses bidaan atas talian (JPJeBid). Anda boleh mencari, membida dan membayar sendiri dalam tempoh bidaan dibuka melalui https://jpjebid.jpj.gov.my yang mesra, pantas dan segera.

Hanya kaedah pembayaran ‘cashless’ sahaja diterima, dengan kad debit atau kad kredit. Tertakluk pada terma dan syarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here