Rahsia di sebalik ‘The Beast’, kereta paling selamat di dunia, khas untuk Donald Trump

14771

The Beast ialah gelaran untuk kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Seperti digembar-gemburkan propaganda media dan filem Hollywood, sistem keselamatan untuk Presiden Amerika Syarikat dikatakan merupakan yang terbaik di dunia. 

the beast



Di mana-mana negara pun, isu keselamatan pemimpin memang penting. Jika di Malaysia, Proton Perdana sudah sinonim sebagai kereta rasmi orang kenamaan. Walaupun ada juga model lain digunakan, tetapi sistem keselamatan kenderaan tersebut masih tidak setaraf The Beast.

Mari kita kenal serba sedikit mengenai sistem keselamatan yang ada pada ‘kereta kebal’ ini.

Ciri luaran

Bahagian luaran kereta ini disaluti perisai ketenteraan setebal sekurang-kurangnya 5 inci, terdiri daripada campuran besi, aluminium, titanium dan seramik yang mampu menghalang bom dan peluru.

Bahagian pintu pula menggunakan kepingan perisai setebal 8 inci dan seberat pintu Boieng 757. Apabila pintu ditutup, ruang kabin terlindung 100 peratus daripada ancaman luar. Pintu ini mampu menahan serangan kimia dan mengalirkan arus elektrik untuk menghalang penceroboh.

Tingkap kereta ini dibuat daripada 5 lapisan cermin dan polikarbonat yang mampu menahan serangan peluru penembus perisai. Tingkap juga tidak boleh dibuka kecuali sebelah pintu pemandu dan boleh dibuka 3 inci saja.

Bahagian casis diperkuat dengan lapisan kepingan besi supaya dapat bertahan daripada letupan bom. Tayar pula menggunakan lapisan besi supaya tidak terkoyak atau pancit. Lapisan rim besi dalam tayar membolehkan kereta dipandu walaupun tayar hancur.

Ciri dalaman

Ruang kabin The Beast mempunyai empat ruang yang dipisahkan lapisan cermin perisai. Cermin ini hanya boleh diturunkan oleh Presiden. Ruangan ini disertakan dengan butang keselamatan panik dan ruang simpanan udara oksigen.

Jika berlaku kecemasan, ada telefon satelit di belakang kerusi Presiden yang disambungkan terus kepada Naib Presiden dan pejabat Pentagon.

Tangki minyak kereta ini direka dengan lapisan perisai besi dan mengandungi bahan salutan minyak untuk menghalang letupan sekiranya berlaku kemalangan dan terbakar. Ruangan but dilengkapi alat pemadam api, gas pemedih mata dan penghalang asap.

Kelengkapan lain

Kereta ini turut dilengkapi senjata keselamatan seperti senapang patah dan pelancar pemedih mata. Ada juga bekalan darah yang sama jenis dengan Presiden sebagai persediaan sekiranya memerlukan pemindahan darah.

Ruangan pemandu mempunyai sistem komunikasi lengkap dan sistem navigasi GPS. Bahagian depannya dilengkapi dengan sensor kamera dan radar yang terselindung di bawah gril untuk memastikan keselamatan bahagian depan kereta.

Pemandu kereta ini terdiri daripada pegawai keselamatan terlatih dan mampu memandu dalam situasi kecemasan seperti mengelak serangan, melakukan putaran 180-darjah atau buat J-turn.

Minyak juga boleh disembur keluar untuk mengelak dikejar kenderaan musuh. Ini baru ciri asas yang didedahkan kepada umum. Semestinya ada banyak perincian keselamatan yang terdapat dalam kenderaan ini yang tidak didedahkan, sekaligus menjadikan ia kereta paling selamat di dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here