Williams mungkin jual pasukan Formula 1 kerana krisis kewangan

1643

Berita mengejutkan datang dari sukan Formula 1 setelah salah satu pasukan iaitu Williams GP memutuskan untuk menjual pasukan Formula 1 mereka kerana berada dalam krisis kewangan yang teruk

Williams Formula 1

Pandemik Covid-19 nampaknya memberi impak besar kepada dunia Formula 1. Selain siri perlumbaan yang ditunda dan dibatalkan, kesan gangguan dari jadual perlumbaan menyebabkan pasukan perlumbaan yang terlibat mengalami krisis kewangan yang teruk.



Salah satu pasukan yang paling terjejas adalah Williams. Pasukan antara yang tertua dalam Formula 1 ini bahkan mempertimbangkan untuk menjual seluruh perniagaan, termasuk pasukan Formula 1 mereka.

Berita buruk itu disampaikan secara langsung oleh pengurusan Williams Grand Prix Holdings (WGPH), yang menjadi syarikat induk.

“Buat masa sekarang, syarikat tidak menerima sebarang tawaran. Kami bagaimanapun mengesahkan sedang dalam peringkat awal perbincangan dengan sejumlah pihak yang berminat untuk melabur,” kata Williams dalam satu kenyataan. 

George Russell (kiri) dan Nicholas Latifi (kanan)

Berita ini muncul berikutan pengumuman keadaan kewangan syarikat. Setelah memperoleh keuntungan sebanyak £16 juta (RM85.8 juta) pada tahun 2018, Williams merekodkan kerugian pada tahun 2019 yang mencapai £10.1 juta (RM54.21 juta).

Selain tidak adanya perlumbaan, krisis kewangan yang dialami oleh Williams juga disebabkan oleh penamatan kerjasama dengan penaja mereka, ROKit, yang seharusnya berlangsung hingga tahun 2023.

Keadaan Williams yang dianggap kurang kompetitif menyukarkan mereka untuk menarik penaja lain untuk membantu membiayai pasukan.

Berita mengenai penjualan pasukan Williams adalah tamparan besar bagi seluruh dunia Formula 1. Ini kerana, Williams adalah salah satu pasukan tertua dalam acara Formula 1, dimana mereka pertama kali menyertai perlumbaan ini pada GP Sepanyol tahun 1977. 

Musim ini, pasukan yang diasaskan oleh Sir Frank Williams dan Sir Patrick Head diperkuat oleh duo pelumba muda iaitu George Russell dan Nicholas Latifi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here