Covid-19: Dihalang masuk ke kampung, lelaki ini terpaksa jalani kuarantin dalam kereta

1483

Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada semua aspek kehidupan. Malah, setiap individu yang melakukan perjalanan merentas sempadan kawasan masing-masing mesti melakukan kuarantin. 

kuarantin Covid-19

Hal ini mesti dilakukan supaya virus ini tidak tersebar kepada orang lain jika seseorang itu sah dijangkiti Covid-19.



Kejadian ini dialami oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang berasal dari Odisha, India. Dikenali sebagai Madhaba Patra, dia dilarang memasuki kampungnya sendiri setelah selesai melakukan kerjanya di luar bandar.

Sedangkan dia sudah mendapat izin yang diperlukan dari pihak berkuasa dan telah diuji negatif Covid-19.

Kerana terus dilarang oleh penduduk kampungnya, dia akhirnya membuat keputusan untuk melakukan kuarantin di dalam keretanya yang terletak di tempat kuarantin Covid-19 berhampiran kampungnya. Tidur dan makannya hanya dilakukan di dalam kereta.

Madhaba Patra hanya keluar dari keretanya ketika ingin mandi di pusat kuarantin.

Dia membuat keputusan untuk melakukan kuarantin di dalam kereta kerana terdapat risiko dia dijangkiti virus tersebut jika melakukan kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan.

“Saya memberitahu pihak berkuasa tempatan mengenai masalah ini tetapi tidak tidak membuahkan hasil. Kerana terdapat risiko dijangkiti virus tersebut jika kuarantin di tempat yang disediakan, saya memutuskan untuk tinggal di dalam kereta saya.

“Saya harap pihak pemerintah menolong dan menyelamatkan saya dari kesulitan ini, “kata Madhaba Patra.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here