Kereta ikonik James Bond, Aston Martin DB5 akan dihasilkan semula dengan kelengkapan asal

1829

Aston Martin akan menghasilkan semula kereta ikonik dari filem James Bond iaitu Aston Martin DB5. Dalam rancangan mereka, kereta tersebut akan dipasarkan pada separuh masa kedua tahun ini.

Aston Martin DB5

Aston Martin DB5 kali terakhir dihasilkan pada 55 tahun yang lalu di kilang Newport Pagnell di Buckinghamshire.



Kereta yang juga biasa dipanggil sebagai Aston Martin DB5 Goldfinger ini akan dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Kereta ini digunakan oleh James Bond dalam filem ‘007 Goldfinger’ yang ditayangkan pada tahun 1964.

Rancangan untuk melancarkan semula kereta ikonik tersebut merupakan strategi Aston Martin di bawah pimpinan baru iaitu Tobias Moers, bekas ketua Mercedes-AMG. Dia berjanji akan meneruskan legasi legenda Aston Martin dengan cara yang baru dan berbeza.

Menurut sumber, DB5 Goldfinger hanya akan dihasilkan dalam satu warna iaitu warna perak, seperti yang terdapat dalam filem James Bond. Kereta ini akan disertakan dengan casis keluli yang menyokong enjin 6-silinder 4,000 cc dan disertakan dengan karburetor.

DB5 Goldfinger akan disertakan dengan transmisi manual dan pacuan roda belakang. Ia juga akan dipasarkan dengan harga £2.75 juta (RM14.8 juta).

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here