Wajib daftar guna aplikasi MySejahtera di stesen minyak – PDRM

1562

Tahukah anda bahawa kini kita wajib mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera ketika hendak mengisi minyak? Ya, kami pun baru tahu.

Menurut China Press, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setibanya anda di stesen minyak, orang awam perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MySejahtera meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.



Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun RM1,000 kerana tidak mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun dia memakai pelitup muka.

Mior turut menjelaskan bahawa stesen minyak adalah tempat awam dan mudah dijangkiti COVID-19.

Ia juga akan memudahkan pihak berkuasa membuat pengesanan kontak.

Selain itu, pengunjung juga wajib memakai pelitup separuh muka, mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, mengimbas suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan.

Jika gagal berbuat demikian, pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Okay, sekarang kita sudah tahu. Sama-sama #KitaJagaKita untuk terus membendung pandemik ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here