Dua pemuda maut ketika isi minyak

382

Dua lelaki maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika mereka mengisi minyak van dinaiki di bahu jalan di KM84.6 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan Nissan Vanette serta sebuah Proton Wira dan Proton Preve pada jam 9.15 malam.

“Hasil siasatan mendapati van dipandu lelaki berusia 45 tahun dan dinaiki dua lelaki berumur 18 dan 30 tahun itu telah berhenti di bahu jalan dari arah Kuala Kangsar ke Gerik kerana kehabisan minyak.

“Semasa pemandu dan penumpang berusia 18 tahun terbabit berada di tepi jalan sebelah kanan van untuk mengisi minyak, datang Proton Wira dipandu lelaki berusia 19 tahun bersama dua penumpang berusia 19 tahun dari arah yang sama telah mengelak ke kiri dan hampir melanggar sebuah kereta Preve,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tindakan pemandu Proton Wira itu menyebabkan pemandu Proton Preve iaitu lelaki berusia 60 tahun dan membawa seorang penumpang berusia 36 tahun telah melanggar pemandu dan penumpang van yang sedang mengisi minyak di tepi jalan.

“Pemandu dan penumpang van itu cedera parah. Penumpang van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Gerik.

“Seorang lagi penumpang van serta dua pemandu dan semua penumpang kereta yang terlibat tidak mangalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here