
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, electrickittya, menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalaman luar biasa menaiki lif di Menara Merdeka 118.
Menurut keterangan video, lif tersebut bergerak pada kelajuan 30kmj membolehkan pengguna tiba di tingkat ke-118, iaitu lokasi dek tinjauan, dalam masa hanya 1 minit 17 saat.
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang kian mengecil menerusi dinding kaca lif ketika naik ke atas memberikan pengalaman baharu.
Ramai warga maya kagum dengan operasi lif menara berkenaan yang tidak melibatkan pertukaran untuk tiba ke tingkat paling atas seperti mana bangunan tinggi yang lain.
Ini kerana lif Menara Merdeka 118 direka khas sebagai lif ekspres ulang-alik (shuttle lift) yang membawa pengunjung terus dari lobi ke dek tinjauan.
Menara Merdeka 118 di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu ruangan runcit dan pelancong di bawah kemudian pejabat di tengah serta hotel dan kediaman di tingkat atas.
BAGAIMANA LIF BERFUNGSI
Untuk memastikan kelancaran pergerakan, KONE, pembekal utama lif di menara ini menggunakan dua teknologi canggih:
-
Sistem Kawalan Destinasi (DCS): DCS berfungsi sebagai “pengurus trafik” yang pintar. Pengguna perlu memilih tingkat destinasi di panel kawalan di lobi, dan sistem akan mengarahkan mereka ke lif yang paling sesuai dan pantas. Ini membantu mengendalikan aliran trafik dengan cekap dan mengurangkan masa menunggu.
-
Lif Double Deck: Lif ini boleh diibaratkan seperti bas dua tingkat yang bergerak secara menegak. Ia mempunyai dua kabin yang bergerak serentak dalam satu aci, membolehkan penumpang dari dua tingkat berbeza naik atau turun pada masa yang sama. Dengan kapasiti sehingga 4,000kg atau 52 orang, lif dua dek ini sangat efektif untuk mengendalikan aliran manusia yang ramai.
KONE telah membekalkan sejumlah 105 lif di Menara Merdeka 118, dengan 12 daripadanya mempunyai kelajuan perjalanan sehingga 10 meter per saat. Ini termasuk 11 lif Double Deck. Selain itu, dua lif tinjauan Double Deck dengan kelajuan 8 meter per saat dan dua lif servis berkelajuan 9 meter per saat juga disediakan.
Demi keselamatan, lif di menara ini dilengkapi dengan Sistem Operasi Pemindahan Penghuni (Occupant Evacuation Operation) yang automatik. Jika berlaku kecemasan, sistem ini akan melaksanakan proses pemindahan bangunan secara automatik dan pengguna akan menerima arahan melalui panel operasi lif.
MENARA MERDEKA 118 KEDUA TERTINGGI DI DUNIA
@electrickitty Travelling at 30 km/h, it took just 1 minute 17 seconds to reach the 118th floor !
Dengan ketinggian 678.9 meter, Merdeka 118 bukan sahaja merupakan bangunan tertinggi di Malaysia, tetapi juga yang kedua tertinggi di dunia, berada di belakang Burj Khalifa, Dubai (828 meter).
Nama Merdeka 118 dipilih sebagai penghormatan kepada lokasi bersejarah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka, di mana Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Dek tinjauan ‘The View at 118’ menawarkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan dan merupakan platform tertinggi seumpamanya di Asia Tenggara.





















![[Video] Pelancong China terbang dron di KL, hilang signal langgar Menara Merdeka 118](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2023/01/Menara-Merdeka-118-218x150.jpg)









