
Setelah hampir setahun menyimpan Yamaha RX-Z, pengasas produk kecantikan yang mesra dikenali sebagai Cikna ingin melepaskan motor legenda berkenaan pada harga RM 1 juta.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok Farhana Zahra itu, dia mendakwa RX-Z berkenaan berada dalam kondisi serba baharu atau New Old Stock (NOS).
“Korang nampak tak depan mata Cikna apa, inilah RX-Z unregistered NOS ori kilang.
“Satuje ada dekat Malaysia hanya ada dengan Cik Na sahaja. Motor ni dulu Cik Na beli RM146,000 disebabkan Cikna dah simpan hampir setahun Cikna nak jual RM1 juta.
“Siapa cakap 1 juta mahal demo dok kenal barey,” katanya.
@farhanazahra91 Pemberani sila muncul !! Sape cakap MAHAL , “Demo tak kenal bare bosskuu” !!! #farhanazahra91 #cikna #farhanazahra
Pada ruangan komen, pengguna mengecam tindakan berkenaan yang mendakwa merosakkan harga pasaran.
“Bagi rosak harga lah.. kau bukan player.. player RXZ macam kami yang sakit harga spare part naik,” tulis Zamritipper.
Selain itu, Cikna juga menjawab pertanyaan pengguna media sosial yang menyatakan tayar RX-Z berkenaan juga masih asli iaitu keluaran tahun 2010.
Dia juga menjelaskan sebelumnya membeli tiga buah motosikal RX-Z untuk cabutan bertuah pembeli produk keluarannya.
“Kan tiga butir Cikna beli unregister, dua butir da bagi satu ni meme Cikna simpan tu la follow betul-betul,” jawabnya.
Ada pengguna turut menyatakan video tersebut hanyalah sebagai konten bagi menaikkan semula namanya di alam maya.