Utama Berita Automotif Yamaha RX-Z ‘bebas restore’ untuk dilepaskan, harga RM88k

Yamaha RX-Z ‘bebas restore’ untuk dilepaskan, harga RM88k

413

Pemilik Yamaha RX-Z memuatnaik hantaran ingin melepaskan motosikal berkenaan pada harga RM88,000.

Menerusi perkongsian Facebook Iqbal Jelani, komponen RX-Z keluaran 2010 itu hampir 99 peratus asli dan didaftarkan pada 2011.

Jelasnya jentera itu bebas daripada restorasi dan menggunakan komponen asli misalnya tayar 4210, head dan saiz blok 00 serta warna badan merah maroon putih.

“Pendaftaran geran pada 2011 dan enjin tidak pernah dibuka serta batu ladung balancing ori motor macam dalam gambar,” tulisnya.

Menurut Iqbal, warna badan maroon putih itu juga tidak pernah dicat baru yang mana dipadankan dengan komponen asli motor yang lain misalnya penukar pemangkin ekzos.

“Cuma yang sudah ditukar adalah set spocket saiz 17-42T,” kongsinya yang turut memuatnaik iklan jualan motor berkenaan di mudah.my.

Yamaha RX-Z dijana oleh enjin 135cc 2-lejang yang menghasilkan kuasa 4.2PS @7,500rpm dan tork 12Nm @ 6,500rpm. Di awal kemunculannya ia didatangkan dengan transmisi 5-kelajuan sebelum dinaiktaraf kepada 6-kelajuan.

 
ARTIKEL LAIN

[VIDEO] 27 tahun berpisah, pemilik jumpa semula Yamaha RX-Z (1990)

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here