[VIDEO] 27 tahun berpisah, pemilik jumpa semula Yamaha RX-Z (1990)

3979
Satu video yang dikongsi akaun Facebook, Raja Kapcai HQ menunjukkan seorang pemilik RX-Z tahun 1990 menemui semula motosikal yang dijualnya selepas 27 tahun.
 
 
Berdasarkan video yang dikongsi, tidak diketahui pemilik dan sumber video asal cuma difahamkan pemilik motor itu menjual motosikal kesayangannya dahulu kerana ingin berkahwin.
 
Menerusi kapsyen video itu menjelaskan 27 tahun yang lalu ayah (pemilik RX-Z) tersebut menjual motosikal berkenaan kerana ingin berkahwin dan siapa sangka dia menemui semula motor kesayangannya itu.
 
Awal video pendek itu mengimbas kembali foto lama pemilik bersama Yamaha RX-Z tersebut dan kemudian menunjukkan rakaman terkini jentera berkenaan.
 
“Duit kita boleh cari, tetapi memori dan kenangan kita tidak boleh beli,” katanya menerusi kapsyen sambil menunjukkan pertukaran sejumlah.
 
Menerusi video itu difahamkan pemilik asal RX-Z berkenaan membeli kembali motosikalnya setelah berpisah selama 27 tahun.  
 
Pada masa yang sama, orang ramai turut meninggalkan komen untuk mencari motosikal milik mereka yang dijual suatu ketika dulu yang dianggap mempunyai cerita dan sejarah tersendiri.
 
“Suami saya juga jual motor kesayangan dia masa kami nak kahwin thn 2006, tak tau la sapa yg beli motor tu, husband ada gak cari tp tak pernah terserempak.
 
“Siapa la owner skrng KAD9740.. si kuning.. rindu plak aku.
 
Walaupun RXZ sudah lama keluarannya namun jentera itu tetap menjadi kegilaan ramai, reka bentuknya yang mempunyai keunikannya tersendiri sehinggakan ada yang menjual motosikal tersebut dengan harga puluhan ribu ringgit. 
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here