Yadea Malaysia lancar RS20, harga RM4,998

218

Yadea  Malaysia rasmi memperkenalkan skuter elektrik serba moden, Yadea RS20 pada harga cadangan RM4,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Didatangkan dengan tiga pilihan warna badan iaitu Khaki Grey, Roman Grey dan Grey,  Yadea RS20 bakal menerima rebat daripada inisiatif MARiiCas dalam masa terdekat.

Daripada segi prestasi, ia dilengkapi dengan motor berkuasa maksimum 2,450 watt dengan kelajuam maksimum 51kmj dan tork 107Nm.

Operasi mengecas bateri Graphene 72V 22Ah daripada 0-80 peratus hanya mengambil masa 6 jam manakala untuk bateri penuh memerlukan tempoh 8 jam.

Dengan pengecasan penuh, YADEA RS20 menawarkan jarak tempuh 105km yang sesuai untuk kegunaan dalam bandar. 

Saiznya yang kompak dengan panjang 1,820mm, lebar (666mm) dan tinggi (1,130–
1,290mm) serta jarak roda (1,298mm), memberikan akses mudah di laluan sempit mahupun trafik padat.

Pengendalian menjadi semakin mudah dengan berat 114kg (termasuk bateri) dan ketinggian pelana 765mm. 

Yadea RS20 dilengkapi tayar tanpa tiub bersaiz 90/80-12 (depan) dan 90/80-12 (belakang). Ia kemudian dipadankan dengan suspensi teleskopik di depan dan jenis penyerap hentak berkembar di belakang.

Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera di depan dan jenis dram dan CBS di belakang.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah jenis LED pada lampu depan, belakang dan signal serta paparan meter digital; port pengecasan USB jenis A; fungsi gear undur; dua
mod tunggangan Sport dan Eco; ruang simpanan depan dan bawah pelana, suis keselamatan tongkat sisi dan sistem key entry.

Menerusi aplikasi Yadea, pemilik boleh membuka kunci motosikal melalui telefon pintar. Ia juga menyokong tiga kaedah membuka kunci (kunci mekanikal, kawalan jauh dan aplikasi Yadea).

Skuter tersebut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here