PKPB: PLUS tutup sementara semua surau di R&R dan plaza tol negeri terlibat

2669

Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan hentian sebelah plaza tol yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di antara lokasi surau terlibat adalah R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), R&R Dengkil (Kedua-dua Arah), Restoran Jejantas Sungai Buloh dan USJ serta Hentian Sebelah Tanjung Malim (Arah Utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Serdang (Kedua-dua Arah).



Ini termasuklah semua 29 surau yang terdapat di hentian sebelah plaza tol PLUS di negeri dan kawasan yang terbabit.

Manakala gerai makan di lokasi terbabit hanya dibuka di antara jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam sepanjang tempoh PKPB ini di mana hanya 2 individu dibenarkan untuk duduk di setiap meja makan yang disediakan.

Pelanggan yang singgah di R&R terbabit juga perlu mendaftar menerusi MySejahtera dan mengambil suhu badan sebelum memasuki premis makanan.

Mereka juga perlu mematuhi penjarakan fizikal 1-meter serta memakai pelitup muka sebelum dan selepas makan.

PLUS juga ingin memaklumkan bahawa semua kemudahan tandas awam di R&R yang terlibat tetap beroperasi 24-jam setiap hari sepanjang tempoh PKPB.

Lebuhraya merupakan kawasan awam yang memerlukan semua pelanggan mematuhi SOP di tempat awam sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melandaikan lekuk kes Covid-19 selari dengan slogan #KitaJagaKita.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here