Proton Iriz je, tapi dalam macam X70!

19902

Jika anda memandu sebuah Proton Iriz, kemungkinan besar modifikasi atau naik-taraf yang anda lakukan adalah berkenaan sport rim, tayar, suspensi boleh-laras (adjustable), kit badan, atau aksesori seperti sistem audio dan lampu.

Tetapi bagi Alsaddam Suhaimi, beliau menaik-taraf Proton Iriz miliknya dengan menukar kerusi fabrik asal kepada Nappa Leather! Ya, sejenis balutan kulit yang biasa digunakan pada kereta premium seperti Mercedes-Benz dan BMW.



Malah, Proton X70 Premium juga dilengkapi kulit Nappa Leather ini.

Menurut Alsaddam, penukaran kulit Nappa Leather ini dibuat kerana sengaja mahu “menukar angin” menggunakan kerusi kulit.

Katanya: “Kos asal ialah RM1,500 untuk Nappa Leather ini, tetapi menjadi RM1,000 kerana tawaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Menurutnya lagi, hanya ada lima warna untuk Nappa Leather, dan perlu tambah RM100 untuk rekaan kustom.

Tempat duduk kulit dalam Mercedes-Benz C300 AMG Line

“Saya tambah untuk kustom kerana tidak mahu sama dengan OEM. Saya buat double-stitching seperti tempat duduk kulit Mercedes C-Class W205.”

Anda pasti tertanya-tanya dimana penukaran Nappa Leather ini dibuat. Alsaddam mengatakan ia dibuat di FIT Automotive Leather Seat, PJ.

“Ada beberapa tempat pemasangan seluruh Malaysia. Perlu pre-order, dah siap nanti datang sahaja untuk pemasangan,” tambahnya.

Terdapat juga jaminan tiga tahun!

Proton Iriz milik Alsaddam ini merupakan varian 1.6 Executive tahun 2014. Sememangnya penukaran kulit Nappa Leather ini sangat menarik dan terus menambahkan rasa premium dalam Iriz!

Pemasangan dan rupa juga nampak sangat kemas. Bukan sahaja pada tempat duduk, malah pada panel pintu juga ditambah Nappa Leather.

Upgrade sebegini juga memang sangat rare!

Sumber gambar: Pemilik Iriz, Alsaddam Suhaimi

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here