Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar, harga baharu lebih rendah

4743

Proton Iriz dan Persona 2019 akhirnya dilancar secara rasmi selepas sesi pratonton media beberapa bulan lepas. Kedua-dua kereta juga membuat penampilan umum sulung mereka di Malaysian Autoshow 2019 baru-baru ini.

Harga untuk semua varian bagi kedua-dua model adalah seperti berikut;



Iriz

Standard 1.3 MT: RM36,700

Standard 1.3 CVT: RM39,700

Executive 1.3 CVT: RM44,700

Executive 1.6 CVT: RM46,700

Premium 1.6 CVT: RM50,700

Persona

 

Standard 1.6 MT: RM42,600

Standard 1.6 CVT: RM44,600

Executive 1.6 CVT: RM49,600

Premium 1.6 CVT: RM54,600

Kesemua model juga diberikan pakej pelancaran merangkumi:

Pakej cukai jalan – dua tahun cukai jalan percuma untuk kereta ditempah sebelum pelancaran dan 1,000 unit pertama didaftar

Pakej data – data internet percuma 5 tahun (128GB setahun)

Kadar pembiayaan rendah – kadar faedah bermula 2.93%

Pakej servis – percuma kos upah untuk 3 kali servis pertama (hingga 20,000km)

Pakej inurans

Luaran

Iriz 2019 mendapat bar krom baharu di bahagian depannya. Bar ini berbentuk “Ethereal Bow” atau busur panah untuk memberikan ilusi lebar dan kukuh. Di gril radiator, terdapat bentuk “Infinite Wave” seperti pada X70. Lampu depan adalah unit halogen seperti Iriz Refinement dan Persona.

Bampar depan juga telah diubah sedikit. Tiada lampu kabus, sebaliknya Iriz dilengkapi dengan DRL LED dengan rekaan kristal. Di belakang, panel hitam di bawah cermin belakang menempatkan tulisan PROTON yang kini menggantikan lencana Proton pada Iriz sebelum ini.

Rim 15-inci Iriz juga direka semula, kini berkonsepkan “rotor blade”. Terdapat juga bumbung hitam dan antena sirip jerung.

Persona juga menerima “Infinite Wave”, namun pada Persona ini lebih penuh berbanding pada Iriz.

Di bampar, terdapat DRL LED baharu dengan kluster di luar kiri dan kanan yang direka semula. Persona 2019 juga menampilkan rim 15-inci baharu.

Bergerak ke belakang, perubahan dilakukan di but dengan spoiler baharu, serta bampar belakang yang menerima perubahan pada rekaan panel seperti “diffuser”.

Dalaman

Keseluruhan ruang kabin Iriz telah digelapkan dengan panel dan permukaan baharu. Tempat duduk Iriz adalah dengan belang merah biru seperti pada versi Refinement sebelum ini.

Persona pula diberikan ruang dalaman seperti dua-tona untuk efek keluasan dan ruang yang lebih baik.

Varian Premium kedua-dua model didatangkan dengan unit hiburan yang menggunakan eSIM untuk fungsi navigasi, stream muzik dan arahan suara. Dengan ini, Iriz dan Persona menjadi model kedua Proton untuk menerima sistem arah suara “Hi Proton”.

Kesemua fungsi ini boleh diakses melalui skrin sesentuh 7-inci dengan memori dalaman 16 GB. Sama seperti X70, sistem ini juga menyokong Wi-Fi.

Enjin dan transmisi

Bergantung kepada varian, Iriz boleh dipilih dengan pacuan enjin 1.3-liter dan 1.6-liter VVT, manakala Persona hanya ditawarkan dengan enjin 1.6-liter.

Unit 1.3-liter mampu menjana 94hp dan 120Nm tork, dan 1.6-liter menjana 107hp dan 150Nm tork.

Transmisi manual pada Iriz Standard 1.3 dan Persona Standard 1.6 merupakan unit lima-kelajuan seperti versi sebelum ini. CVT untuk varian-varian lebih tinggi juga adalah jenis sama, namun menurut Proton, telah ditala semula untuk memberikan pemanduan lebih memuaskan dan penjimatan petrol lebih baik.

Keselamatan

Kesemua model Iriz dan Persona mendapat penarafan 5-bintang untuk ASEAN NCAP. Ini dibantu dengan pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS dengan EBD, ESC dengan TCS yang dilengkapkan sebagai standard pada semua varian.

Bergantung kepada varian juga, kenderaan akan dilengkapi dengan dua atau enam beg udara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here