Fikiran Saya Rungsing Selagi Tidak Mintak Maaf – Lan Pet-Pet

1669

Tidak lari dari kesilapan,itu lah lumrah manusia di muka bumi .Tidak kira siapa dan apa profesion . Andai melakukan kesilapan,hanya permohonan maaf sahaja yang dapat menjernihkan suasana.

Lan Pet-Pet,seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi dan anggota kumpulan Senario, bersyukur apabila Pak Ya dan keluarganya memaafkan beliau diatas insiden yang berlaku pada 6 April lalu.



Pertemuan selama 2 jam itu telah berlangsung di sebuah premis di Nilai.Pak Ya atau nama sebenarnya Yahya Manap berjanji tidak akan meneruskan tindakan saman terhadap Mazlan(Lan) berikutan insiden yang berlaku di Acacia Park Desa Jati.

15 April lalu, Mazlan telah didenda RM 2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati. Insiden tersebut telah mencalarkan imej dan reputasi Lan Pet-Pet.

Lan juga merancang untuk membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah.

Semoga Mazlan tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain kali,demikian peringatan Pak Ya kepada Lan semasa pertemuan tersebut.

 

Sumber : BH ONLINE

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here