50 peratus diskaun untuk kenderaan elektrik, hibrid

1686

Kerajaan sentiasa menggalakkan penggunaan kenderaan yang mempunyai teknologi hijau dengan memberikan pelbagai inisiatif. Ini termasuklah  diskaun untuk kenderaan yaitu pengurangan 50 peratus untuk cukai jalan bagi kenderaan elektrik dan plug-in hybrid (PHEV), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Kementerian juga telah menetapkan badan istimewa iaitu “Vehicle Type Approval” untuk mengenalpasti dan meluluskan kenderaan berteknologi hijau terutamanya lori dan bas. Ia untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.



Beliau berkata demikian ketika menjawan soalan oleh Senator Yaakob Sapari yang ingin mengetahui langkah-langkah kerajaan dalam menggalakkan penggunaan kenderaan hijau.

Dalam menjawab soalan oleh Senator Datuk Seri Khairuddin Samad mengenai jumlah kenderaan hijau didaftarkan dengan Kementerian Pengangkutan, Kamaruddin berkata sebanyak 5,403 kenderaan elektrik dan 46,891 kenderaan PHEV didaftarkan sehingga 31 Mac tahun ini.

“Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi pendaftaran kenderaan elektrik dengan 2,791 unit, manakala Wilayah Persekutuan mencatatkan jumlah PHEV tertinggi iaitu 25,360 buah”, katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here