Proton Persona 2019 dipertonton, RM9.99 untuk tempahan, pelancaran bulan ini

3822

Kemaskini model-model Proton diteruskan dengan Persona 2019 hari ini. Model Proton Persona 2019 menerima 303 perkara yang dinaiktaraf.

Ini termasuklah penambahbaikan dari pelbagai sudut; rekaan luaran, dalaman, bahan buatan, ciri kelengkapan, keselesaan serta aspek pemanduan.



Tempahan online boleh dibuat mulai esok, dengan caj tempahan sama seperti Iriz iaitu RM9.99. Promosi ini sah sehingga 22 Mac.

Empat varian ditawarkan – Standard 1.6 MT, Standard 1.6 CVT, Executive 1.6 CVT dan Premium 1.6 CVT. Proton juga menawarkan lima pilihan warna untuk Persona ini.

Luaran

Pembaharuan di luar dan dalam Proton Iriz dibentangkan oleh Azlan Othman, ketua Proton Design. Menurut Azlan, Persona 2019 juga menerima krom di gril depan dengan unsur yang sama seperti Iriz iaitu “Ethereal Bow”, tetapi dengan sedikit perubahan rekaan.

Ia juga menerima “Infinite Wave” yang diteruskan selepas X70. Namun pada Persona ini lebih penuh berbanding pada Iriz.

Di bampar, terdapat DRL LED baharu dengan kluster di luar kiri dan kanan yang direka semula. Persona 2019 juga menampilkan rim 15-inci baharu.

Bergerak ke belakang, perubahan dilakukan di but dengan spoiler baharu, serta bampar belakang yang menerima perubahan pada rekaan panel seperti “diffuser”.  

Dalaman

Varian Premium didatangkan dengan unit hiburan yang menggunakan eSIM untuk fungsi navigasi, stream muzik dan arahan suara “Hi Proton”.

Kesemua fungsi ini boleh diakses melalui skrin sesentuh 7-inci dengan memori dalaman 16 GB. Sama seperti X70 dan Iriz, sistem ini juga menyokong Wi-Fi.

Berbandig dengan Iriz yang digelapkan sedikit ruang dalamannya, Persona diberikan ruang dalaman seperti dua-tona untuk efek keluasan dan ruang yang lebih baik.

Enjin dan transmisi

Tiada perubahan pada powertrain Persona 2019. Ia masih menggunakan enjin 1.6-liter VVT berkuasa 107hp dan 150Nm tork. Bergantung kepada varian, enjin ini boleh dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT.

Transmisi CVT ini telah ditala untuk memberi respon, penjimatan dan pemanduan lebih baik.

Kesemua model Iriz mendapat penarafan 5-bintang untuk ASEAN NCAP. Ini dibantu dengan pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS dengan EBD, ESC dengan TCS yang dilengkapkan sebagai standard pada semua varian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here