Mazda CX-30 yang mengelirukan tetapi sangat cantik

2196

Mazda telah memperkenalkan Mazda CX-30 di Geneva Motor Show baru-baru ini. Ya, CX-30, bukan CX-3. Kami pun keliru. CX-30 ini akan diposisi di antara CX-3 dan CX-5.

CX-30 dibina berdasarkan pelantar Mazda 3 sedan dan hatchback. Sama seperti 3, CX-30 juga menggunakan pacuan roda depan dengan suspensi yang sama.



Ia juga dijangka menggunakan powertrain yang sama iaitu enjin 2.5-liter naturally-aspirated yang menghasilkan 186 hp. Transmisi pula ialah automatik enam kelajuan.

Enjin 2.0-liter dengan nisbah mampatan tinggi dan berteknologi tinggi 2.0-liter SkyActiv-X dijangka ditawarkan sebagai piliha selepas CX-30 dijual di AS seawal tahun depan.

CX-30 dapat dibezakan dari cladding plastic gelap lebih besar pada bawah badan dan gerbang roda.

Di dalam, suasananya sangat sama dengan kokpit Mazda 3. Selain dari penebatan bunyi yang diberi perincian oleh Mazda, terdapat juga tempat duduk sport dari Mazda 3, serta sistem audio dengan lapan pembesar suara.

Sistem bantuan pemanduan Mazda i-Activsense juga akan dijadikan ciri standard, merangkumi adaptive cruise control, lane departure warning, automatic forward emergency braking with pedestrian detection dan auto high beam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here