Ford Escort RS Turbo Puteri Diana dilelong, harga RM3.7 juta

1184

Walaupun pihak istana menyediakan pilihan Rolls-Royces dan Daimlers, mendiang Diana lebih gemar memandu kereta sendiri. 

Puteri Diana begitu meminati Ford Escort dan memiliki beberapa model termasuklah Ford Escort RS Turbo Series 1 (1985) ini yang dilelong oleh Silverstone Auctions pada harga £722,500 (RM3.7 juta). 



Model ketiga dan terakhir Escort yang dimiliki bonda Putera William itu ditempah atas saranan pihak keselamatan diraja. 

Sebelumnya, mendiang Putera Wales itu memiliki sebuah Ford Escort Cabriolet 1.6i berwarna merah namun bumbung kanvas dan warna yang menarik perhatian menimbulkan kebimbangan pihak keselamatan. 

Apabila Puteri Diana memutuskan untuk menggunakan Escort RS Turbo baharu, jabatan perhubungan awam Ford menawarkan semburan cat warna badan hitam sedangkan RS Turbo di pasaran dikeluarkan dalam warna putih.

Hot hatch itu juga dilengkapi dengan gril Escort standard dan bukannya versi RS agar tidak terlalu menyerlah di jalan raya. Ia juga didatangkan dengan radio khas buat pengawal peribadi yang sentiasa bersama Puteri Diana di kerusi penumpang depan. 

Bagaimanapun radio tersebut sudah ditanggalkan selepas jentera berkenaan dikembalikan kepada Ford. 

RS Turbo Puteri Diana diserahkan kepada Ford pada Mei 1988 dengan odometer 10,943km. Ia bertukar tangan beberapa kali selama bertahun dan kini menunjukkan perbatuan 40,170km.

RS Turbo merupakan versi tertinggi bagi generasi ketiga Escort yang mana didatangkan dengan enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 130hp @ 6,000rpm dan tork 180Nm pada 3,000rpm. 

Ketika itu, model tersebut merupakan kenderaan terpantas dalam kalangan rakyat biasa dan menjadi pilihan Puteri Diana. 

Model Escort lain yang dimiliki oleh Puteri Diana adalah sedan Ghia (1981) yang dijual pada harga AS65,000 (RM291,492) pada lelongan tahun lalu dan Audi 80 Cabriolet yang dijual tahun sebelumnya. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here