Lewis Hamilton sedia potong gaji, tapi minta bonus jika bergelar juara dunia

1208

Juara dunia Formula 1 tujuh kali, Lewis Hamilton dilaporkan sedia mengurangkan gaji untuk terus kekal bersama pasukan Mercedes sehingga penghujung musim depan.

Namun, pelumba kelahiran Britain itu mahukan bonus dua kali ganda jika dia muncul juara dunia pada edisi tahun ini.



Hamilton mengikat kontrak lanjutan setahun pada Februari lalu tetapi kini telah pun berunding mengenai kontrak baharu dengan ketua Mercedes, Toto Wolff yang menetapkan Selasa ini tarikh akhir perjanjian dimuktamadkan.

gaji lewis hamilton

Dia dikatakan menarik balik gaji ditetapkan sebanyak £40 juta (RM231.80 juta) musim ini dan menerima gaji asas sebelumnya iaitu £34 juta (RM197 juta). Hamilton juga difahamkan sedia menerima pengurangan gaji musim depan susulan masalah kewangan yang dihadapi pasukan Mercedes.

Pelumba itu meletak syarat dengan bonus lebih tinggi selepas mengakui tugasnya lebih mencabar apabila Max Verstappen mendahului carta pemandu dengan empat mata selepas enam perlumbaan.

gaji lewis hamilton

Hamilton yang menyamai rekod legenda Formula 1, Michael Schumacher dengan tujuh gelaran dunia kini dalam misi memburu gelaran kelapan yang juga yang kelima buatnya berturut-turut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here