Lelaki berang Corvette C8 2020 miliknya dilenjan juruteknik pusat servis

464

Dua juruteknik pusat servis kenderaan telah dirakam melenjan Chevrolet Corvette C8 2020 milik pelanggan mereka sehingga melanggar undang-undang had laju. 

Corvette C8 2020

Pemilik Corvette C8 2020 yang tidak berpuas hati itu berkongsi rakaman Performance Data Recorder (PDR) dari keretanya, setelah jentera tersebut dihantar ke Hendricks Chevrolet, California. 

PDR bukan sahaja merakam suara dan visual tetapi juga mampu memaparkan kelajuan ketika kereta bergerak.

Pada minit ke 17:48 dalam video, juruteknik itu dilihat memandu pada kelajuan 167km/j, walaupun melalui jalan yang mempunyai had laju 104km/j. Kelajuan tersebut sebenarnya mudah dicapai, memandangkan Corvette C8 mampu menghasilkan hampir 500hp.

Berdasarkan data dari PDR, juruteknik itu difahamkan memandu Corvette C8 tersebut sejauh 25km, dan mereka juga dikatakan mengeluh tentang modul yang disertakan pada kereta tersebut.

Masih belum dipastikan kes ini akan dibawa ke muka pengadilan atau tidak, dan menurut pemilik Corvette C8, dia tidak lagi akan berkunjung ke pusat servis kenderaan itu lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here