Moscow tawar kereta percuma untuk percepat proses vaksinasi

769

Pemerintah Moscow akan memberikan kereta percuma dalam bentuk undian kepada penduduk yang telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

kereta percuma
gambar hiasan

Menurut Datuk Bandar, Sergey Sobyanin, tindakan ini dilakukan bagi mempercepat proses vaksinasi di kawasan tersebut yang sangat perlahan.

Ibu negara Rusia itu melaporkan 7,704 kes baharu semalam, yang merupakan angka paling banyak sejak 24 Disember tahun lepas.



Tambah Sergei Sobyanin, sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas dan telah mendapatkan dua dos pertama vaksin pada 15 Jun hingga 11 Julai, secara automatik akan dimasukkan dalam undian untuk memenangi sebuah kereta.

Lima buah kereta yang bernilai ₽1 juta (RM57,146) akan ditawarkan sebagai hadiah, dan setiap satu satu unit akan diberikan pada setiap minggu.

“Ini hanyalah jalan penyelesaian untuk sementara waktu. Untuk mengelakkan sekatan baru dan bagi memulihkan keadaan dengan segera, program vaksinasi Covid-19 perlu dipercepatkan,” jelas Sobyanin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here