Muar jadi daerah Johor pertama sediakan pusat vaksin bergerak

103

Daerah Muar, Johor kini mengambil inisiatif untuk menangani kes Covid-19 dengan menyediakan bas yang dijadikan pusat vaksin bergerak.

pusat vaksin bergerak

Program yang dinamakan Pusat Vaksin Bergerak Daerah Muar ini merupakan yang pertama di Johor dan telah dilancarkan pada Rabu lalu di Kompleks Penghulu Muki Ayer Hitam.

Program kepada penduduk daerah berkenaan ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar dengan Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan Syarikat Mayang Sari Ekpress Sdn. Bhd.

Difahamkan, seramai 200 orang penduduk akan menerima vaksin setiap hari bermula Rabu lalu dan akan diteruskan pada Ahad ini, sebelum program tersebut akan berlangsung di lokasi lain iaitu Kompleks Mukim Sungai Balang.

Usaha baik tersebut disambut baik dan mendapat pujian ramai di media sosial kerana memudahkan serta membantu mempercepatkan proses pemberian suntikan vaksin di negeri terbabit.

Inisiatif sebegini diharapkan dapat diperluas dan dipercepatkan di negeri lain terutamanya Kawasan kampung agar dapat membantu penduduk yang tidak mempunyai kenderaan atau akses pengangkutan awam untuk bergerak ke pusat pemberian vaksin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here