Penangan BTS Meal, McDonald’s Indonesia sesak dengan penghantar makanan

1394

Baru-baru ini, BTS Meal yang diperkenalkan oleh McDonald’s menjadi sensasi selepas ramai peminat tegar kumpulan Kpop tersebut termasuk di Malaysia berebut untuk mendapatkan hidangan itu.

BTS Meal

Hidangan BTS Meal ini sangat terkenal, sehingga ada peminat sanggup menyimpan bekas makanan dan ada pula yang menjualnya di platform e-dagang dengan harga yang tidak masuk akal.



‘Demam’ BTS Meal ini difahamkan semakin beransur pulih di Malaysia, tetapi hidangan itu kini menjadi sangat sensasi di negara jiran iaitu Indonesia, sehingga McDonald’s di sana dikerumuni oleh penghantar makanan.

BTS Meal

Kesemua penghantar makanan ini difahamkan berkumpul kerana ingin mendapatkan BTS Meal yang dipesan oleh pelanggan mereka.

Rata-rata warganet tidak kira dari Malaysia atau Indonesia terkejut melihat situasi di restoran makanan segera tersebut, yang dibanjiri penghantar makanan.

Ada yang bersimpati dengan nasib kumpulan penghantar makanan itu dan ada pula yang risau dengan bahaya Covid-19 yang masih berleluasa.

Oleh kerana situasi yang tidak terkawal itu, beberapa cawangan restoran makanan segera itu terpaksa menutup sistem penghantaran makanan mereka.

@amroscantik

Ga tega 🥺 ##btsmealmcdonalds

♬ Kehilangan[Instrumental] – Heart

Bagi menyelasaikan masalah ini, McDonald’s Indonesia telah membuat keputusan bahawa BTS Meal hanya boleh dibeli melalui pesanan di kaunter atau secara pandu lalu sahaja.

Pelanggan yang berminat kini tidak lagi boleh membuat pesanan melalui platform penghantar makanan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here