Penghantar makanan hantar hadiah, rasa bersalah tertumpahkan kopi pelanggan

1011

Setiap penghantar makanan sudah pasti berdepan tanggungjawab besar bagi memastikan pesanan yang diterima selamat sampai ke pelanggan walaupun terpaksa meredah panas dan hujan.

Baru-baru ini, tular satu kisah seorang penghantar makanan yang secara tidak sengaja tertumpahkan kopi milik pelanggannya.



Kisah ini dikongsi di laman Twitter milik m.fairuz.j, dimana seorang pelanggan yang dikenali sebagai Linda Latip membuat pesanan minuman kopi di salah sebuah kafe popular melalui aplikasi GrabFood.

penghantar makanan tertumpahkan kopi

Menurut Linda, pesanan yang dihantar agak lambat dan pada mulanya dia agak berang dengan kelewatan penghantar makanan itu. Namun, dia terkejut apabila penghantar makanan tersebut tiba di rumah dan berulang kali meminta maaf kepadanya.

Ini kerana pesanan yang dihantar iaitu kopi telah tertumpah semasa perjalanan. Dengan tenang, wanita itu memaafkan penghantar makanan tersebut dan mengambil cawan yang telah kosong untuk dibuang.

Penghantar makanan berkenaan bagaimanapun merasa serba salah dengan apa yang berlaku dan mahu membayar balik serta pergi semula ke kafe untuk membeli kopi yang lain. Namun Linda menolak pelawaan tersebut.

Linda bahkan memberi maklum balas yang baik kepada perkhidmatan yang diberikan oleh penghantar makanan tersebut.

Keesokan harinya, Linda dikejutkan dengan bungkusan yang mengandungi kek lapis Sarawak dan buah mangga. Berdasarkan nota yang ditinggalkan, rupa-rupanya bungkusan tersebut dihantar oleh penghantar makanan yang tidak sengaja tertumpahkan kopi yang dipesannya.

Ibu kepada tiga orang anak ini terkejut dan terharu kerana tidak menyangka penghantar makanan tersebut akan memberi sesuatu kepadanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here