Ini satu-satunya Toyota GT86 GR di Malaysia!

292

Toyota GT86 bukanlah suatu model yang baharu dalam pasaran. Toyota bersama rakan teknikalnya, Subaru dan Scion mula memperkenal GT86 (dan BRZ serta FR-S) secara global pada 2012 dan sejak itu, kereta sports coupe itu telah diberikan beberapa facelift dan edisi istimewa.

Salah satu edisi isitimewa GT86 ialah GR atau Gazoo Racing. Toyota GT86 GR diumumkan pada September 2018 dan unit yang anda lihat ini ialah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia pada masa ini!

Pemiliknya mendapatkan unit ini dari Jepun dan difahamkan harga pasarannya sekitar RM290,000 termasuk cukai.

Sebelum anda terkeliru, ini bukanlah versi paling hardcore 86 GRMN, tetapi ia duduk di atas GT86 GR Sport. Jadi GT86 GR ini kiranya versi pertengahan. Ia tetap terhad, hanya 150 unit dihasilkan seluruh dunia.

Ia mengekalkan penggunaan enjin 2.0-liter boxer 4-silinder yang menjana 200hp dan 205Nm tork, hanya hadir dalam transmisi manual 6-kelajuan, tiada turbo atau sebarang penambahan kuasa. Hanya GRMN yang menerima talaan lebih kuasa.

Walaubagaimanapun, Toyota GT86 GR ini tetap diberikan ‘jajan’ menarik yang pastinya membuatkan pemanduannya lebih padu dari GT86 biasa. Antaranya adalah kit badan aero penuh, LSD (limited-slip differential) Torsen, rim aluminium Rays, dan tayar Michelin Pilot Sport 4S.

Ia juga dilengkapi tempat duduk sports Recaro, suspensi boleh-laras Sachs, sistem 6-pot di depan dan 4-pot di belakang, dan sistem ekzos sport dengan tip tunggal tengah-tengah di belakang.

Anda juga boleh lihat banyak lencana GR di luar dan dalam seperti pada butang penghidup enjin. Roda sterengnya lebih kecil, dan kereta ini turut mendapat rekaan panel instrumen berbeza dengan latar belakang putih.

Ingin melihat GT86 GR ini dengan lebih dekat? Boleh datang ke Garage 86 Motorsport di Kuantan. Anda juga boleh datang untuk servis dan pemeriksaan sebarang jenis kereta di sini.

Alamat Garage 86 Motorsport: No B-16, Jalan Padang Lalang 3, Kuantan, Pahang.

Semua foto adalah kredit kepada HW Production.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here