Lubuk supercar di London, perkampungan Knightsbridge of the North kini jadi tumpuan ramai!

1867

Sebuah perkampungan di Cheshire, England diberi gelaran sebagai Knightsbridge of the North kerana banyak supercar ‘menghuni’ jalan raya kawasan tersebut.

Knightsbridge of the North

Supercar yang terdiri dari jenama-jenama seperti Lamborghini, Bugatti, McLaren serta kereta vintaj edisi terhad yang berharga jutaan ringgit tiba di Alderley Edge, ketika pemiliknya yang merupakan golongan berada masing-masing mempamerkan kekayaan mereka.



Perkampungan yang terletak di puncak segitiga emas Cheshire itu kini menjadi tarikan peminat supercar, yang akan datang pada hujung minggu untuk melihat kesemua kenderaan yang mengagumkan itu.

Knightsbridge of the North

Sebuah Jaguar E-Type rare yang berharga £1juta (RM5.8 juta) turut diihat berada di kawasan tersebut, termasuk Lamborghini Aventador yang berharga £200,000 (RM1.16 juta) dan sebuah Ferrari Pista Spider berharga £250,000 (RM1.4 juta).

Orang ramai yang hadir sudah tidak mengambil gambar Bentley dan Rolls-Royce kerana kedua-dua model ini sudah kerap berada di kawasan itu.

Nama Knightsbridge of the North diberikan sempena kawasan kediaman di London yang cukup terkenal dengan kedai barangan berjenama serta gaya hidup mewah penduduknya.

Knightsbridge of the North

Menurut Jordan Belsham, 23, dia sudah menjadi supercar spotter di Alderly Edge selama 10 tahun, dan menyatakan dia merupakan antara individu pertama yang menyedari kawasan itu dipenuhi dengan kenderaan mewah.

Dia memuat naik gambar supercar yang dilihatnya di laman sosial Instagram @supercarsinmanchester_ dan turut menganjurkan acara ‘Supercar Sunday’ bulan depan.

Belsham telah menyaksikan kumpulan supercar itu semakin banyak selama bertahun-tahun dan akan berada di kawasan tersebut pada hujung minggu untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

Knightsbridge of the North

Dia bahkan menghabikan kira-kira 11 jam sehari untuk melihat dan mengambil gambar kumpulan kenderaan mewah itu. 

“Saya menyukainya. Saya suka hakikat bahawa anda boleh keluar ke sini dan tidak tahu apa yang akan anda dapatkan, dan anda akhirnya dapat melihat kereta terbaik di dunia,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here