Lamborghini hasilkan unit ke-10,000 model Aventador

1740

Lamborghini meraikan kejayaan pengeluaran mereka yang penting iaitu unit ke-10,000 bagi model Aventador. Acara ini berlangsung di ibupejabat pengeluar itu di Sant’Agata Bolognese, Itali.

Unit ke-10,000 ini ialah model SVJ Roadster, yang disertakan dengan warna Grigio Acheso (kelabu) dan ruangan dalam yang bewarna Rosso Mimir (merah). Supercar ini akan diserahkan kepada pemiliknya di Thailand.



Selain dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 759hp dan 720Nm tork, supercar ini juga disertakan dengan kotak gear 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Aventador

Dari segi prestasi, Lamborghini Aventador SVJ mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 350km/j.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai LP700-4, kadar jualan supercar ini dua kali ganda melebihi jualan model sebelumnya, Lamborghini Murciélago yang diperkenalkan pada tahun 2001-2010.

Aventador

Lamborghini Aventador juga merupakan model kedua paling laris dijual sepanjang masa, selepas Lamborghini Huracan yang dikuasakan oleh enjin V10.

Selain itu, kadar jualan Aventador juga kini berjaya diatasi oleh Lamborghini Urus, yang mencapai jualan ke-10,000 pada bulan Julai, hanya selepas diperkenalkan dua tahun lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here