Menunggang secara berbahaya, lelaki guna kaki untuk kawal hendal motosikal direman

1587

Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal hendal di Jalan Kuching baru-baru ini kini direman oleh pihak polis.

menunggang berbahaya

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata suspek berumur 36 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.



Beliau berkata suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas kepada Bernama.

Sebelum ini, pihak polis menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu, menjadi tular di laman sosial menerusi satu video.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here