Grand Prix Tuscan: Lewis Hamilton raih kemenangan ke-90 dalam perlumbaan yang ‘luar biasa’

1023

Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton memperoleh kemenangan ke-90 dalam kariernya dengan menewaskan rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada Grand Prix Tuscan yang boleh dikatogerikan sebagai ‘luar biasa’.

Apa yang boleh kami katakan sebagai perlumbaan yang ‘luar biasa’ ialah beberapa kemalangan yang berlaku, dimana hanya sebanyak 12 dari 20 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan.



Pemandu kacukan Thai-Britain yang beraksi bersama pasukan Red Bull, Alex Albon berjaya menduduki kedudukan podium, iaitu di tempat ketiga.
 
Kemenangan Hamilton ini merupakan kemenangan keenamnya daripada sembilan perlumbaan yang telah berlangsung pada musim ini. Dia kini mengumpul sebanyak 190 mata untuk muncul sebagai pendahulu keseluruhan perlumbaan.
 

Dengan kemenangan di Grand Prix Tuscan ini, Hamilton semakin menghampiri rekod yang pernah dihasilkan oleh Michael Schumacher iaitu dengan 91 kemenangan dalam penglibatan sukan Formula 1.

Hamilton Grand Prix Tuscan

Semasa berada di podium, Hamilton mengenakan baju yang bertulis “Tangkap polis yang membunuh Breonna Taylor.”

Ianya merujuk kepada salah satu dari kontroversi yang berlaku di Amerika Syarikat, dimana pegawai polis telah menembak mati seorang orang awam berkulit hitam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here