Franco Morbidelli rangkul kemenangan pertama MotoGP di San Marino

1452

Pelumba pasukan Yamaha Petronas, Franco Morbidelli berjaya menghasilkan prestasi yang dominan untuk muncul juara pada MotoGP San Marino.

Franco Morbidelli

Namun nasib berbeza dialami oleh rakan sepasukannya iaitu Fabio Quartararo yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan yang berlangsung di litar Misano tersebut.



Franco Morbidelli yang bermula pada petak kedua, berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 42 minit, 2.272 saat untuk mengatasi Francesco Bagnaia dari Pramac Racing dan memperoleh kemenangan pertamanya dalam saingan MotoGP.

Pelumba dari Sepanyol, Joan Mir berjaya mengalahkan juara MotoGP tujuh kali iaitu Valentino Rossi untuk menduduki kedudukan podium terakhir.

“Saya gembira dan sangat menikmati masa ini. Terima kasih kepada pasukan dan semua orang yang telah bekerjasama dan membantu saya,” kata Morbidelli.

Pelumba yang mendahului kutipan mata secara keseluruhan, Andrea Divizioso dari pasukan Ducati sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke tujuh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here