Franco Morbidelli terpaksa lupakan saingan MotoGP selama lapan minggu

1137

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli selesai menjalani pembedahan pada bahagian meniscus dan ligamen lutut kirinya, dan perlu menjalani proses pemulihan selama lapan minggu.

franco morbidelli

Sebelum ini, Morbidelli mendapat kecederaan itu setelah mengalami kemalangan di sesi latihan pada Selasa lalu. Pelumba berusia 26 tahun itu sah tidak dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan MotoGP Belanda 2021 hari ini.



Pelumba kelahiran Itali itu telah menjalani pembedahan selama satu jam bagi menyembuhkan kecederaan meniscus ligamen anterior pada Jumaat lalu.

Dia mengambil keputusan itu kerana telah mengalami kecederaan tersebut selama beberapa bulan, dan bagi mengelakkannya bertambah buruk.

franco morbidelli

Pembedahan lutut Morbidelli dilakukan di sebuah hospital di Bologna, Itali, di bawah bimbingan Profesor Maurillio Marcacci. Setelah menjalani pembedahan, Morbidelli  tidak dapat bersaing dalam kejohanan MotoGP selama tempoh proses pemulihan yang telah ditetapkan iaitu lapan minggu.

Buat masa sekarang, Morbidelli akan terus berada di hospital sehingga hari ini untuk proses pemerhatian, dan akan dibenarkan pulang setelah menunjukkan tanda-tanda yang positif.

Pasukan Petronas Yamaha SRT telah mencari pengganti kepada Franco Morbidelli untuk saingan Grand Prix Belanda pada hujung minggu ini, iaitu pelumba dari Amerika Syarikat, Garrett Gerloff.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here